Tips Paling Mudah Cegah Jerawat Dengan Diet Pemakanan Seimbang


Jerawat boleh diatasi dengan mengamalkan diet seimbang dan mengamalkan gaya hidup sihat


Saban hari semakin banyak produk berkaitan merawat dan mencegah jerawat di pasaran,tak kurang juga promosi melalui online terutama di media sosial.Hal yang sedemikian membuatkan kita semakin ghairah untuk membeli mana-mana produk yang mempunyai isi kandungan iklan yang begitu baik dan mampu menarik minat pembeli dari segenap umur.

Akan tetapi kita lupa asal usul jerawat yang tumbuh di muka atau badan kita.Dari mana datangnya jerawat?Datang sendiri ke dari langit?atau datang dari hutan?atau datang dari laut?

Okay senang cerita,kalau kita tidak letakkan garam pada makanan,adakah makanan itu akan berasa masin?Tak kan kita letak garam rasanya akan berasa manis..kan?

Jadi sama juga dengan masalah jerawat..JERAWAT datang hasil daripada gaya hidup kita dan cara pemakanan kita.Sekiranya kita makan makanan yang menggalakkan pertumbuhan jerawat,maka berjerawat la muka atau badan kita..Dan juga kalau kita jenis yang mengamalkan gaya hidup cincai dengan mengabaikan kebersihan badan,kulit amnya, maka mudah la jerawat tumbuh.

Maka semahal manapun produk yang anda beli,dari Eropah ker, Amerika ker tapi seandainya anda tidak mengamalkan gaya hidup sihat serta mengawal pemakanan, maka semua itu Cuma sia-sia..Buang duit jer...

Oleh yang demikian,sebelum anda mengambil apa-apa produk tak kira dalam bentuk pil dan sebagainya, elok lah anda mengamal kan diet pemakanan yang seimbang terlebih dahulu..Diet pemakanan yang seimbang mampu mencegah jerawat..



Di sini terdapat 4 tips diet yang sesuai untuk anda:

1 .Kurangkan pengambilan gula
- Pengamal perubatan mengatakan pengurangan pengambilan gula dalam amalan pemakanan mampu mengurangkan masalah jerawat daripada menjadi semakin teruk.

2.  Minyak ikan mampu menyembuhkan jerawat
- omega3 yang terdapat dalam ikan mampu menghalang pembentukan jerawat dan juga  sangat berkhasiat untuk kulit.Disarankan supaya ambil lah ikan yang disup  jangan yang digoreng.

3 . Pengambilan vitamin sangat baik untuk kulit
Antara vitamin yang sangat bagus untuk kulit adalah Vitamin A , E dan B5. Dari mana mendapatkan sumber vitamin tersebut secara semulajadi? Semestinya melalui pengambilan buah-buahan seperti betik , pisang , apple dan sebagainya.

4. Pengambilan zinc

Apa itu zinc?
- Mineral yang dapat memberi kekuatan kepada imunisai di dalam tubuh untuk merawat pelbagai jenis penyakit temasuklah jerawat.
Dari mana nak dapatkan zinc?
- Telur dan bijirin

# Amalkan diet pemakanan seimbnang seperti yang disarankan di atas,nescaya masalah jerawat mampu diatasi dari masa ke semasa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...