Mat Salleh kata mesti minum 8 gelas air sehari,orang kita angguk jer..Adakah betul info tersebut??

8 gelas air sehari?



 Memang tidak dinafikan bahawa air adalah sangat penting untuk kesihatan kita.Habis tu berapa kuantiti yang perlu kita minum dalam sehari?Minum banyak sekaligus di waktu pagi?Minum sedekit tapi kerap?Kalau ditanya semestinya jawapan rata-rata orang mangatakan 8 gelas sehari sebab info tersebut dah dihebahkan sejak di pra sekolah lagi jadi tidak heran lah dari kanak-kanak sehingga orang dewasa cukup sebati dengan fakta 8 gelas air sehari.Malah jika ditanya kepada ahli-ahli perubatan,itu juga lah jawapan yang diberikan ketika ceramah-ceramah promosi kesihatan.


Okay macam ni ceritanya,saranan Mat Salleh suruh kita minum 8 gelas air sehari bukan la salah,yang salah cuma perngertian kita sendiri.Secara logiknya,kuantiti air yang kita minum dalam sehari adalah bergantung kepada keadaan cuaca di tempat kita berada dan juga apa aktiviti kita buat dalam hari tersebut.

Sekiranya kita melakukan aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh dalam keadaan cuaca yang panas ,maka banyak juga air yag perlu kita minum,kuantitinya boleh melebihi 8 gelas.Jangan pula ketika tiada melakukan apa-apa aktiviti di rumah,anda terhegeh-hengeh nak minum 8 gelas sekali gus  kononnya update dengan info dari Pak Cik Google.

Saranan disini adalah minum lah air mengikut keperluan aktiviti dan keadaan cuaca di tempat anda.Minum air berlebihan juga boleh memudaratkan kesihatan (keracunan air sekiranya menahan membuang air kecil ataupun situasi elektrolit tak seimbang.)

Cara yang paling bagus adalah minum air dalam kuantiti yang sesuai dengan keperluan badan tapi dengan kerap.Minum sedikit tapi kerap itulah sebaik-baiknya.
 Semakin banyak kita minum air, semakin banyak kita perlu mengganti elektrolit.Dari mana kita memperolehi sumber elektrolit??Cara moden dapatkan minuman popular seperti 100 plus 
etc.

Apa itu elektrolit dan kepentingannya??

 Ia adalah suatu zat yang larut atau terurai ke dalam bentuk ion-ion dan kemudiannya larutan menjadi konduktor elektrik, ion-ion merupakan atom-atom bermuatan elektrik. Elektrolit kebiasaannya berbentuk air, asam, basa, garam, atau berupa senyawa kimia lainnya.

Peranan utamanya adalah untuk menyeimbangkan cecair yang sewajarnya dan mengawal pergerakannya (cecair) masuk dan keluar daripada sel-sel. Selain itu juga ia melaraskan tekanan darah, menghantar impuls saraf serta membantu otot-otot anda berehat termasuk otot-otot jantung.



# Oooppss anda tau tak dengan secubit garam diletak ke dalam bekas air anda,ianya sudah cukup membekalkan sumber elektrolit untu anda.Tips ini semestinya tidak sama sekali akan didedahkan oleh syarikat-syarikat minuman isotonik terkenal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...