![]() |
Halia dan serai senang diperolehi dan murah. Boleh melegakan batuk . |
Pasti semua pernah mengalami
situasi di mana apabila kita pergi ke klinik ataupun ke farmasi untuk
mendapatkan ubat batuk,sudah pasti ubat tersebut dalam bentuk cecair dan
apabila diminum kesannya adalah membuat kan mata kita mengantuk.Bagaimana pula
bagi orang-orang yang bekerja?Dah la batuk menganggu kerja ditambah pula dengan
mata mengantuk kesan daripada pengambilan ubat batuk..Bikin stres kan?
Okay,tak payah pusing-pusing
kepala..Kenapa tidak mencuba petua tradisional cara orang kita?Bak kata pepatah
Belum Cuba Belum Tau!...Saya berani menulis di blog petua ini sebab saya
sendiri pernah try dan ianya sangat berkesan melegakan batuk saya...Jadi apa salahnya
saya berkongsi petua kesihatan yang bermanfaat untuk kebaikan bersama.
Cara Melegakan Batuk Cara Orang Kita.
Bahan-bahan :
1 . Halia
2 . Batang serai
3 . Sedikit Garam
Cara penghasilan :
1 . Halia dihiris/dipotong nipis,kuantiti bergantung kepada
keperluan masing-masing.
2 . Batang serai ditumbuk, dua batang sudah memadai.
3. Batang serai dan potongan halia tadi direbuskan bersama
untuk mendapatkan sup campuran serai dengan halia.Rebuskan sehingga mendidih.
4 . Bubuhkan sedikit garam apabila ianya mendidih.
5 . Ambil supnya,tunggu sehingga ianya suam kerana dalam
keadaan suam lah paling sesuai untuk diminum untuk melegakan ketidakselesaan
tekak dek kerana batuk haramjadah.
# Boleh diamalkan bila-bila masa,mengikut masa terluang
masing-masing,tiada masa khusus!
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment